Manjung, Pulau Pangkor dilanda banjir kilat dan ribut, 40 rumah terjejas

MANJUNG – Akibat hujan lebat berterusan sejak tengah malam Jumaat, beberapa kawasan sekitar Daerah Manjung dan Pulau Pangkor telah mengalami banjir kilat dan kejadian pokok tumbang.

Kira-kira 40 buah rumah di sekitar Lumut dan Sitiawan di sini, turut terjejas dengan kejadian banjir kilat terbabit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung memaklumkan, berlaku kejadian hujan lebat sekitar jam 12 tengah malam dan 2 pagi masing-masing di Mukim Sitiawan dan Lumut.

Dakwanya, susulan itu berlaku limpahan air dari longkang dan parit yang akhirnya mengakibatkan kejadian banjir kilat sehingga menjejaskan beberapa buah rumah.

“Hujan lebat menyebabkan air dari parit melimpah dan memasuki kediaman awam.

“Sebanyak sembilan rumah iaitu masing-masing empat di Kampung Batu 3 dan lima buah di Kampung Batu 5 Segari di Lumut terjejas bencana alam itu.

“Malah, hujan lebat itu menyebabkan jalan utama menghubungkan Lumut ke Pantai Remis turut dinaiki air,”katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, jurucakap terbabit berkata, di Sitiawan, sebanyak 10 buah rumah di Taman Hijau dan 21 buah di Taman Sri Mawar terjejas banjir kilat, namun air di kawasan berkenaan telah surut sepenuhnya setakat pagi ini.

Ujarnya, cuaca di kedua-dua mukim dalam keadaan hujan renyai, dengan air longkang dan parit masih melimpah.

Difahamkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka memandang situasi terkawal.

“Bagaimanapun, keadaan masih dalam pemantauan, namun paras air dijangka terus surut dalam masa terdekat,”katanya lagi.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menerusi satu kenyataan, meminta masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Menurutnya, elakkan membuang sampah ke dalam longkang atau sistem perparitan yang boleh menyebabkan saliran tersumbat yang boleh menjurus kepada risiko banjir kilat terutama musim hujan.

Sebelum itu, MPM turut terlibat dalam memberikan kerjasama kepada pihak Bomba serta agensi-agensi keselamatan daerah Manjung menjalankan kerja-kerja pemulihan termasuk penebangan pokok yang berisiko membahayakan keselamatan awam.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak