Bantuan mangsa kebakaran paip gas disalur Isnin depan – MB Selangor

BANTUAN segera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan disalurkan mulai Isnin depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua data mangsa kebakaran sedang dikumpul bagi memastikan tiada sesiapa tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang memurnikan data penduduk terkesan supaya tidak timbul isu mengambil kesempatan atau tercicir daripada menerima bantuan.

“Pengumpulan data akan diketuai unit bencana daerah dengan kerjasama JKM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Petronas. Proses penyampaian bantuan segera seawal Isnin depan,” katanya pada sidang media khas di Shah Alam, hari ini.

Amirudin yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri berkata, taklimat khas berkaitan insiden tersebut akan diadakan secara harian.

Jelasnya, ia dibuat berselang seli dengan timbalan pengerusi jawatankuasa itu yang juga Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berhubung dasar keputusan keseluruhan dan aspek siasatan.

“Untuk aspek teknikal dikendali Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), manakala siasatan pula berhubung kecuaian atau jenayah.

“Setakat ini kita terima 108 laporan polis dan semua maklumat, klip video diambil maklum serta semua pihak terbabit akan dipanggil,” katanya.

Kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500m yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP