85 rumah selamat diduduki, 87 rumah musnah – Amirudin

KEBENARAN pulang ke kediaman masing-masing diberikan kepada penduduk di 85 rumah yang terjejas susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya bermula malam ini selepas ia telah dipastikan selamat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia membabitkan rumah di Taman Harmoni selepas dipastikan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak utiliti lain.

Jelasnya, saluran utiliti dan air juga sudah mula disambungkan ke semua rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, perumahan di Kampung Kuala Sungai Baru masih belum dapat diduduki akibat kerosakan yang agak teruk dan perlu melalui proses pembaikan,” katanya pada sidang media di bangunan SUK Selangor di Shah Alam, hari ini.

Amirudin berkata, daripada aspek kerosakan rumah pula, pihaknya mendapati sebanyak 87 rumah mengalami kemusnahan menyeluruh dan tidak boleh didiami.

“Selain itu, sebanyak 148 buah rumah yang terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan,” katanya.

Amirudin berkata, setakat ini sebanyak 308 keluarga membabitkan 1,254 mangsa dikenal pasti dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ia membabitkan seramai 630 mangsa daripada 157 keluarga sedang menduduki dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia Putra Heights.

“Baki 624 mangsa membabitkan 151 keluarga tidak menduduki PPS dan sedang menetap di rumah saudara ataupun kawan atas usaha sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri juga sedang menyelaraskan bantuan seramai 100 sukarelawan melalui SERVE dan Team Selangor yang akan membantu pembersihan rumah yang sudah disahkan selamat didiami bagi meringankan beban penduduk.

Jelasnya, jika ada pihak lain ataupun badan bukan kerajaan yang mahu menyertai kerja pembersihan, ia perlu berdaftar dengan SERVE supaya bantuan kepada penduduk dapat dioptimumkan.

Related Posts

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan pemansuhan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma