Tradisi rumah terbuka platform pemimpin dekati masyarakat

KUANTAN – Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disifatkan sebagai platform mengeratkan silaturahim secara bersemuka antara individu di negeri ini.

Seramai lebih 10,000 rakyat Pahang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli hadir memeriahkan rumah terbuka yang bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

Wan Rosdy berkata, rumah terbuka yang julung kali diadakan di luar dari Kuantan ini juga dapat meneruskan tradisi ziarah diamalkan di Pahang.

“Kita dapat berjumpa antara satu sama lain dan dalam masa sama kita boleh berborak-borak, kita boleh berbincang.

“Kalau tidak, kita buat hal masing-masinglah dalam Facebook… dalam Whatsapp.

“Masa ni secara bersemuka, berjumpa sambil makan dan ini juga amalan kita di Pahang, ziarah-menziarahi antara satu sama lain,” katanya majlis itu yang diadakan di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, dekat Pekan.

Turut berangkat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis sama, Wan Rosdy menyampaikan sumbangan duit raya kepada 175 anak yatim dari Dewan Undangan Negeri Chini.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24