Tourism Malaysia sambut ketibaan pelancong di KKIA sempena Hari Raya Aidilfitri

KOTA KINABALU – Tourism Malaysia meraikan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa dengan suasana sambutan meriah sempena Hari Raya Aidilfitri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Selasa.

Menurut Tourism Malaysia (TM), acara ini juga diadakan sebagai sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang bertujuan mempromosikan keunikan budaya Malaysia kepada pelancong dalam dan luar negara.

Pada sambutan ini, sebanyak 2,000 balang kuih raya telah diagihkan kepada pelancong yang tiba di KKIA.

“Bagi memperkenalkan kepelbagaian tradisi serta keharmonian masyarakat berbilang budaya di Malaysia, Tourism Malaysia bersama tetamu kehormat telah mengagihkan cenderahati perayaan di Balai Ketibaan.

“Para tetamu turut dijemput untuk menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri sebagai simbolik kepada keunikan hospitaliti serta warisan budaya negara yang melambangkan semangat Malaysia Truly Asia,” kata TM.

Kemeriahan sambutan ini diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan yang memukau, termasuk pertunjukan khas bertemakan Aidilfitri.

Satu lagi acara simbolik yang mencuri tumpuan ialah aktiviti mengisi beras dan merebus ketupat yang mencerminkan salah satu tradisi utama Hari Raya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah TM Sabah, Khairul Amir Anuar; Pengurus Kanan Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah, Josephine Chai serta wakil daripada syarikat penerbangan dan agensi berkaitan.

Menurutnya, empat lagi acara sambutan seumpama ini diadakan iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 & Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak.

Sehubungan dengan itu, kata TM Sabah, sektor pelancongan Malaysia terus menunjukkan pemulihan dan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan lonjakan 54.4 peratus ketibaan pelawat pada Januari 2025, mencecah 3.8 juta pelawat berbanding tempoh sama pada 2024 serta peningkatan 24.4 peratus berbanding Januari 2019 sebelum pandemik.

Menurut TM Sabah, Singapura kekal sebagai pasaran sumber utama dengan 1.7 juta ketibaan, diikuti oleh China, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan