Saluran paip gas Petronas bocor, terbakar di Putra Heights

SALURAN paip gas milik Petronas di Putra Heights, berhampiran Subang Jaya terbakar kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menerusi penstriman langsung di media sosial, kepulan api kelihatan menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan sekitar.

Ia boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.

Kesan kebakaran akibat bahang panas dilaporkan turut dirasai penduduk yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran besar berhampiran lebuh raya yang boleh dilihat dari USJ.

“Pihak berkuasa sedang bertindak dan bomba dalam perjalanan.

“Kami gesa orang ramai untuk elakkan daripada berada di kawasan itu atas sebab keselamatan dan ikuti kemas kini dari sumber rasmi untuk arahan selanjutnya.

“Kekal selamat,” tulisnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.23 pagi.

Lebih 40 pegawai dan anggota bersama jentera seperti FRT, EMRS dan Water Tanker terlibat dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengesahkan bahawa lokasi kejadian adalah di Putra Heights dan bukannya di Taman Puchong Perdana seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut komander operasi, kebakaran membabitkan kebocoran saluran paip gas Petronas kira-kira 500 meter.

“Kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam dan anggota bomba bersama agensi lain membuat ‘evacuation’ (pemindahan) penduduk di sekitar.

“(Jumlah) Mangsa yang terlibat – belum dapat dipastikan lagi.,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP