Lima mangsa kebakaran saluran gas dikejarkan ke Hospital Putrajaya

SERAMAI lima mangsa kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan awal.

Kesemua mangsa tiba di hospital itu antara 9 pagi hingga 9 pagi tadi.

Pasukan perubatan masih memantau mangsa yang mengalami pelbagai tahap kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter dengan api marak menjulang tinggi.

Pihak bomba turut memindahkan penduduk sekitar bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat.

Menerusi tinjauan Bernama, rata-rata mangsa mengalami kecederaan ringan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya bagi menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan (KKM)

Sehingga jam 11 pagi, sebanyak 30 orang menerima rawatan awal dan beberapa orang dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu Kerajaan Selangor menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara untuk mangsa yang terlibat.

Selain lokasi itu, Masjid Al-Falah USJ 9 di Subang Jaya juga menawarkan premisnya kepada individu atau keluarga yang terkesan yang memerlukan tempat berehat serta berlindung.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi