
TAMPARULI – Seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia apabila kenderaan dinaiki jenis Toyota Hilux dirempuh treler di Kampung Minangkop, di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.29 pagi.
“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah kenderaan lori treler merempuh Toyota Hilux seterusnya terkena tiang elektrik.
“Terdapat seorang mangsa tersepit di kenderaan Toyota Hilux.
“Pasukan bomba berjaya dikeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan jentera ‘towing’.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada pukul 1.20 petang setelah memastikan tiada bahaya lain wujud.







