Kenangan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak

KUCHING – Hari Raya Aidilfitri sememangnya menjadi perayaan umat Islam di seluruh dunia.

Hari ini, umat Islam di beberapa negara di dunia khususnya Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi kenangan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak. 

Di Sarawak, sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Menariknya, tradisi Hari Raya Aidilfitri di Sarawak disambut selama tujuh hari tujuh malam dan sepanjang waktu itu, tradisi pakaian baju Melayu menjadi kewajipan. 

Rohana

Rohana Seruji, 63, berkongsi pengalamannya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pada zaman dulu.

“Kalau zaman dulu, kami tidak membeli kuih lapis seperti sekarang. Kami memasak kuih dengan kayu api,” jelas Rohana berasal dari Betong, Sarawak.

Menurutnya, kuih raya tidak mudah basi seperti dahulu kerana bahan kandungan agak berbeza berbanding dahulu.

“Mungkin resipi bahan kandungan untuk memasak kuih lapis pada zaman dulu-dulu agak tahan berbanding sekarang,” ujarnya lagi.

“Selain kuih raya, kelupis juga antara hidangan utama Hari Raya Aidilfitri pada zaman dulu-dulu,” kata Rohana lagi.

Tradisi Palak Meja

Tradisi ‘Palak Meja’. Gambar hiasan

Tradisi ‘Palak Meja’ atau kepala meja merupakan tradisi masyarakat Melayu Sarawak ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Rohana, tradisi tersebut menghidangkan kuih raya yang beraneka warna yang menjadi tarikan tetamu yang berkunjung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagaimanapun, tradisi ‘Palak Meja’ sudah kurang popular pada hari ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya bagaimana suasana Hari Raya Aidilfitri pada ketika itu, Rohana menjelaskan suasana sangat meriah berbanding sekarang.

“Kalau zaman dulu-dulu, ramai budak-budak naik bertandang ke rumah. Tetapi sekarang, agak jarang melihat budak-budak bertandang ke rumah,” ujarnya.

Menurutnya, mungkin pengaruh gajet atau telefon pintar menjadikan tradisi semakin pudar berbanding dahulu.

Selain itu katanya, tanpa mengira kenal ataupun tidak kenal, sesiapa sahaja akan disuruh datang berkunjung ke rumah.

“Kadang-kadang belum sempat kami menghabiskan satu rumah, kami disuruh pergi berkunjung ke rumah lain lagi,” katanya sambil mengingatkan kenangan manis sambutan Hari Raya Aidilfitri zaman dulu-dulu.

Rohana turut terkenang pengumuman Hari Raya Aidilfitri, maka orang kampung akan memukul gendang atau beduk dalam bahasa Melayu Sarawak.

Itulah kenangan manis dikenang yang dikongsikan oleh Rohana pada zaman dulu-dulu.

Dia berharap tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak terus dikekalkan dan teruskan amalan berkunjung saudara-mara demi mengeratkan silaturahim.

Kenangan beraya di Kuching 

Johnny

Sementara itu, Johnny Adam, 74, berkongsi pengalaman beraya di Kuching pada zaman dulu-dulu.

“Semasa kami masih kanak-kanak, sempat juga dapat mengumpul duit raya dan digunakan untuk beli aiskrim dan mercun,” katanya.

Johnny turut berkongsi kenangan beraya hanya membuat baju raya sendiri dan jarang membeli baju raya.

“Biasanya ibu bapa saya hanya membuat baju raya sendiri dan jarang beli baju seperti zaman sekarang,” katanya.

Selain itu, Johnny berkata, minuman raya dulu kebanyakan menghidang ‘Aik Lemonade’ atau air minuman berkarbonat yang agak popular ketika sambutan beraya di Kuching.

“Dulu ‘Aik Lemonade’ mempunyai bermacam-macam perisa seperti pisang, strawberi, sarsi, oren dan paling popular krim soda,” katanya.

Begitulah keunikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak yang mungkin agak berbeza tradisinya di tempat lain.

Penulis juga berharap keunikan tradisi Hari Raya Aidilfitri di Sarawak terus berkekalan. 

Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak pada zaman dahulu

Related Posts

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

PESTA sukan air Baram Regatta lazimnya diraikan dengan penuh kemeriahan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak. Namun, di sebalik sorakan dan perlumbaan perahu yang mendebarkan, masih ramai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib mencuri tumpuan apabila tampil mengenakan pakaian tradisional masyarakat Bidayuh sempena Program Niti Daun Peringkat Daerah Mukah 2026 pada Sabtu. Kehadiran Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat