Tiga maut kemalangan lima kenderaan di Karak

KUANTAN – Tiga terkorban manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan berhampiran Kampung Lentang, dekat Bentong, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian jam 4.55 petang itu membabitkan lori lima tan, kereta Honda Accord, kereta Proton Waja, Saga dan Subaru serta 11 individu.

Katanya, tiga disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) itu masing-masing seorang lelaki dan dua wanita yang menaiki Honda Accord.

Identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

“Selain itu, dua lelaki dan dua perempuan dewasa di dalam Proton Waja dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Tiga mangsa yang cedera adalah seorang perempuan dewasa dan dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang menerima rawatan awal petugas KKM sebelum dihantar ke Hospital Bentong,” katanya,

Zulfadli berkata 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, diketuai oleh Komandan Operasi, Roslani Seman terbabit dalam operasi menyelamat semua mangsa.

Katanya, mereka menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa kemalangan itu.

“Kes ini sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014