Program Jualan Rahmah MADANI ringankan beban pengguna sempena perayaan Aidilfitri

MIRI – Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) mendapat sambutan hangat daripada pengguna dalam menangani kos sara hidup dengan menawarkan harga barangan keperluan asas yang lebih rendah dan memudahkan mereka untuk merayakan Aidilfitri.

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri yang diperluaskan dengan 723 program di seluruh negara pada minggu terakhir Ramadan ini bertujuan membantu rakyat membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih mudah dan berpatutan. 

Menariknya, lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat yang ditawarkan sekali gus mewujudkan suasana perayaan yang lebih meriah dan adil untuk semua lapisan masyarakat.

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 peratus sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun ialah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

Sementara itu, ramai pengunjung yang ditemui The Malaysia Press menyifatkan program ini dapat meringankan perbelanjaan harian keluarga.

Jualan Rahmah Madani yang bermula pada 29 Mac sehingga 30 Mac ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pengguna sekali gus meringankan beban pengguna ketika berbelanja di musim perayaan.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut