Lega dapat daging murah, sanggup beratur satu kilometer

ARAU – Demi mendapatkan daging segar untuk juadah Aidilfitri, lebih 3,000 orang sanggup beratur sehingga satu kilometer semata-mata mahu mendapatkan bahan mentah pada harga mampu milik di Program Jualan Rahmah UMNO Arau (JUARA) semalam.

Menurut seorang pengunjung, Maryam Hasan, 71, berkata, dapat membeli daging murah atas ikhtiar UMNO Arau adalah satu nikmat kepada dirinya yang tidak boleh dinafikan.

“Alhamdulillah, bagus ada jualan ini, dapatlah saya dapatkan satu kilogram buat juadah istimewa hari lebaran untuk dimakan bersama ahli nanti.

“Saya seronok bila ada jualan murah sebegini, dapatlah kita berjimat, ada duit lebihan, boleh beli benda lain lagi, syukur la kita atas nikmat ini,” katanya kepada The Malaysia Press di sini semalam.

Sementara itu, Baharim Hasan, 80, berkata, usaha UMNO Arau itu memberi kemudahan kepada rakyat dari sudut perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

“Harga biasa, dalam RM34 hingga RM35 sekilogram, tapi di sini hanya dijual pada harga RM18. Ayam pun dijual pada harga lebih rendah dari pasaran.

“Secara tidak langsung, ia sangat membantu dari sudut meringinkan beban rakyat. Walaupun UMNO tidak lagi mentadbir negeri, UMNO masih prihatin kepada rakyat,” ujarnya.

Program yang berlangsung di pekarangan pejabat UMNO Bahagian Arau itu menawarkan daging tempatan serendah RM18 sekilogram dan ayam pada harga antara RM9 hingga RM15 seekor, bergantung kepada saiz.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, sebanyak enam ekor lembu ditumbangkan melibatkan lebih satu tan metrik daging segar selain 1,500 ekor ayam turut dijual.

“Orang ramai mula menunggu sejak pukul 6 petang untuk mendapatkan kupon jualan yang dibuka pada 9.30 malam.

“Jualan ini bukan sahaja menarik penduduk setempat, malah turut disertai penduduk dari seluruh negeri yang sanggup menunggu lama demi harga berpatutan menjelang perayaan,” ujarnya.

Rozabil yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, melihat sambutan luar biasa, pihaknya bercadang untuk meneruskan jualan tersebut dengan menambah lebih banyak barangan keperluan pada masa akan datang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok