Dakwaan kasari penjaja di Jalan TAR, ini penjelasan DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil menjelaskan kejadian tular seorang penjaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang didakwa dikasari anggota penguat kuasa, malam tadi.

DBKL menerusi kenyataan berkata, ketika melakukan rondaan berkala di lokasi itu pada malam Jumaat lepas, anggota penguat kuasanya mendapati beberapa penjaja tanpa lesen menjalankan perniagaan di laluan pejalan kaki, menghalang pergerakan orang ramai dan menyebabkan kesesakan.

Jelasnya, anggota penguat kuasa kemudian menegur penjaja-penjaja ini terlebih dahulu dan mereka memberikan kerjasama dengan beredar, kecuali seorang penjaja belon yang enggan mematuhi arahan kemudian bertindak agresif.

“Seorang penjaja belon enggan mematuhi arahan dan terus berniaga seperti biasa walaupun sudah diberi teguran sebanyak dua kali.

“Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila beliau menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghalang kemungkinan insiden yang lebih serius, anggota penguat kuasa berpakaian preman bertindak pantas untuk menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, situasi menjadi tegang apabila beberapa penjaja lain cuba campur tangan, namun keadaan berjaya dikawal tanpa mana-mana pihak tercedera.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh penguat kuasa yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Sehubungan itu, DBKL berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada semua anggota penguat kuasa terlibat.

Sekiranya perlu, DBKL juga akan meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam tindakan penguatkuasaan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

DBKL turut menegaskan, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.

Terdahulu, tular di media sosial klip video menunjukkan anggota penguat kuasa DBKL didakwa mengasari seorang penjaja belon dipercayai tanpa lesen di kawasan itu, mengundang kecaman warganet.

Dalam klip video tersebut, beberapa kumpulan individu, dipercayai peniaga lain, turut dilihat ‘bertempur’ dengan penguat kuasa, menyebabkan kekecohan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula