Isteri maut, kereta dipandu suami rempuh belakang lori

SEORANG wanita maut, manakala suami dan empat anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Ajil, Terengganu, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.50 pagi ketika enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak dari arah sama.

“Akibat rempuhan itu, pemandu MPV berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah, manakala isterinya – yang berada di tempat penumpang hadapan – maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi TV3.

Mangsa maut dikenali sebagai Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, berasal dari Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, dua anak lelaki pasangan terbabit – masing-masing berusia 15 dan 17 tahun – yang duduk di bahagian penumpang belakang, mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu lori membawa muatan telur ayam, iaitu lelaki berusia 44 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Semua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon