Kastam Sarawak tumpas penyeludupan rokok kretek bernilai RM12.64 juta

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok kretek bernilai RM12.64 juta.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan maklumat risikan yang mana pegawai kastam menyerbu premis tanpa nama di Jalan Semaba, Batu 5, Kuching.

“Dalam serbuan tersebut, pihak kastam menemui lebih 16 juta batang rokok kretek pelbagai jenama yang disimpan dalam premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut menyita sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut rokok seludup bernilai anggaran RM80,000.

“Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan untuk membantu siasatan dalam kes tersebut,” ujarnya. 

Menurut Norizan lagi, serbuan penyeludupan rokok kretek antara serbuan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh pihak Kastam Sarawak.

“Kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976,” katanya.

Menurutnya, sindiket dipercayai menyimpan rokok seludup di premis tanpa nama dalam kawasan terpencil sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Tindakan ini bertujuan untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” kata Norizan lagi. 

Beliau turut menyeru orang ramai agar membantu dalam usaha membanteras penyeludupan rokok, minuman keras, mercun, dadah, dan barangan lain yang menjejaskan hasil negara serta keselamatan rakyat.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil tetapi ia turut mendatangkan ancaman kepada negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Anggaran nilai rokok kretek dirampas bernilai RM12.64 juta.

Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang mana pihak mahkamah boleh menjatuhkan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Manakala, Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976 atas kesalahan cubaan mengelakkan dengan Fraud Duti Eksais yang mana pihak mahkamah boleh menjatuhkan denda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti eksais atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali amaun duti eksais atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Related Posts

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

KULIM – Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum perlu terus dipelihara dan dipupuk bagi memastikan keamanan serta kestabilan negara kekal terjamin. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Malaysia (JKOM), Mohd Hisyamuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

TUARAN – Punca sebenar seorang wanita berusia 24 tahun di Batu Pahat, Johor, yang dilaporkan terlantar selepas mengambil Mounjaro masih belum dapat dipastikan dan kini menunggu dapatan lanjut pihak kesihatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM gantung baju oren OKS langkah matang, profesional – MCW

SPRM gantung baju oren OKS langkah matang, profesional – MCW

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti