Wasiat terakhir Hossam Shabat, wartawan mangsa serangan kejam Israel

GAZA – “Jika kamu membaca penulisan ini, ia bermakna aku sudah terkorban dalam serangan kejam rejim Israel.”

Demikian wasiat terakhir yang ditinggalkan oleh Hossam Shabat, seorang wartawan Al-Jazeera yang turut terbunuh bersama seorang lagi wartawan Palestine Today TV, Mohammed Mansour, dalam serangan Israel pada Isnin lalu di Semenanjung Gaza.

Wasiat terakhir daripada wartawan muda berusia 23 tahun itu tular di media sosial setelah kematiannya diumumkan secara rasmi oleh Al-Jazeera.

“Selama 18 bulan yang lalu, saya telah mendedikasikan setiap saat dalam hidup saya untuk orang-orang saya. Saya mendokumentasikan kengerian di utara Gaza dari minit ke minit, bertekad untuk menunjukkan kepada dunia kebenaran yang mereka cuba sembunyikan, tidur di jalanan, di sekolah, di dalam khemah di mana sahaja yang mampu.

“Setiap hari adalah perjuangan untuk terus hidup, menahan kelaparan selama berbulan-bulan, namun saya tidak pernah meninggalkan rakyat saya, demi Tuhan, saya telah memenuhi tugas sebagai seorang wartawan, mempertaruhkan segalanya untuk melaporkan kebenaran, dan kini akhirnya saya beroleh ketenangan, sesuatu yang tidak dirasai selama 18 bulan ini.

“Saya melakukan semua ini kerana saya percaya pada perjuangan Palestin, percaya tanah ini milik kita, dan merupakan penghormatan tertinggi dalam hidup saya untuk mati mempertahankannya serta berkhidmat kepada penduduknya.

“Jangan berhenti bersuara tentang Gaza, jangan biarkan dunia memalingkan wajahnya, teruskan berjuang, teruskan menyampaikan kisah kami sehingga Palestin bebas. Untuk kali terakhir, Hossam Shabat, dari utara Gaza,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara berasingan oleh Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan wartawan yang terkorban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 208 orang.

Mohammed Mansour, seorang wartawan Palestine Today TV, turut terbunuh dalam satu serangan udara yang mengenai apartmennya di bandar Khan Younis, selatan Gaza bersama isteri dan anaknya juga terkorban.

Pejabat media Gaza, menyalahkan Israel, Amerika Syarikat, serta sekutu mereka termasuk United Kingdom, Jerman, dan Perancis sepenuhnya atas apa yang disifatkan sebagai jenayah kejam.

Pihaknya juga menyeru masyarakat antarabangsa dan institusi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan genosid yang berterusan serta memastikan perlindungan kepada wartawan dan petugas media di Gaza.

Sementara itu, rejim Israel pada Selasa mengaku telah membunuh seorang wartawan stesen televisyen Qatar, Al Jazeera, di Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera, Avichay Adraee berkata, Hossam Shabat telah dibunuh pada Isnin dalam satu operasi bersama tentera Israel dan agensi keselamatan domestik, Shin Bet.

Rejim mendakwa Shabat, seorang wartawan untuk saluran Al Jazeera Mubasher yang berpangkalan di Qatar, adalah penembak tepat dalam Batalion Beit Hanoun Hamas dan terlibat dalam serangan terhadap sasaran Israel semasa perang di Gaza.

Bagaimanapun, dakwaan ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh wartawan Palestin.

Related Posts

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pembinaan gerbang kemenangan berhampiran Washington akan turut berfungsi sebagai ‘kompleks ketenteraan’. Ia akan menempatkan dron dan penembak tepat, menjadikannya projek pembinaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET