Projek pembangunan maritim perkasa keselamatan perairan Sarawak

KUCHING – Beberapa projek pembangunan maritim di Sarawak iaitu pembangunan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA), penambahan aset kapal, serta pemanjangan jeti.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, projek tersebut dibangunkan bertujuan memperkasakan keselamatan kawasan perairan di Sarawak.

“Tiga stesen Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang menempatkan radar-radar stesen akan dibina dengan peruntukan RM200 juta di tiga lokasi strategik, iaitu Canada Hill, Miri, Bukit Nyabau, Bintulu dan Tanjung Datu, Lundu,” jelas beliau.

Tambah beliau, projek ini sangat penting dalam mengekang aktiviti yang tidak diingini khususnya dalam menjaga kedaulatan perairan.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan RM79 juta pemanjangan Jeti Muara Tebas sejauh 80 meter termasuk pembinaan ‘jetty head’ sepanjang 100 meter bagi membolehkan kapal maritim baharu KM Tun Fatimah (kapal peronda baharu sepanjang 83 meter) untuk berlabuh dengan selamat.

“Kita menghantar aset baharu ke Sarawak termasuk KM Tun Fatimah. Bagaimanapun, pemanjangan jeti perlu dilaksanakan kerana keadaan jeti yang pendek dan perairan yang cetek,” kata beliau.

Jelas beliau, ini bagi memastikan kapal ini dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

“Sebuah ‘Mothership’ (kapal induk), Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) sepanjang 99 meter yang berfungsi sebagai pusat operasi bergerak dengan keupayaan membawa empat bot laju untuk melakukan rondaan serta operasi menyelamat juga akan ditempatkan di Sarawak,” jelas beliau lagi.

Ujar beliau, kapal ini menjadi aset penting dalam operasi di Sarawak untuk membolehkan pemantauan di perairan lebih luas dengan lebih efisien.

“Langkah ini terbukti berhasil apabila statistik terkini menunjukkan pencerobohan nelayan asing mencatat kadar sifar,” kata beliau.

Tambah beliau, penambahan aset memerlukan lebih ramai anggota untuk mengoperasikan sistem pengawasan kapal dan bot laju lebih cekap. 

Related Posts

Kuasa umum darurat jerebu di Serian hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan

SERIAN – Keadaan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian yang mencecah skala sangat berbahaya iaitu 521 setakat 2 petang. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururunding direman dua hari berhubung Perhimpunan Merah Maha Kali

KANGAR – Seorang jururunding direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di TikTok berkaitan penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali di Bukit Lagi, di sini. Lelaki berusia 55…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

KKDW, MoF perlu cari jalan rundingan – PM

KKDW, MoF perlu cari jalan rundingan – PM

IPU Serian cecah 521, Kerajaan Persekutuan, Sarawak bincang langkah tangani jerebu

IPU Serian cecah 521, Kerajaan Persekutuan, Sarawak bincang langkah tangani jerebu

Kerajaan mahu kawal selia pelaburan TH diperketatkan, elak salah guna kuasa

Kerajaan mahu kawal selia pelaburan TH diperketatkan, elak salah guna kuasa

Kerajaan utamakan banteras rasuah, salah guna kuasa sebelum PRU16 – PMX

Kerajaan utamakan banteras rasuah, salah guna kuasa sebelum PRU16 – PMX

Kuasa umum darurat jerebu di Serian hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan

Kuasa umum darurat jerebu di Serian hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan