Polis buru lelaki curi laci kaunter di Mini Mart Kundasang, bawa lari RM3,000

RANAU – Polis sedang menyiasat kes melibatkan seorang lelaki mencuri laci kaunter berisi wang tunai RM3,000 di Mini Mart, Global Enterprise, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.50 malam di premis berkenaan, di Pekan Kundasang.

Jelas beliau, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, seorang lelaki tidak dikenali memasuki premis dengan berpura-pura membeli barang. 

“Ketika pemilik kedai yang juga pengadu berada di bahagian belakang premis, suspek bertindak mencuri laci kaunter berwarna putih yang mengandungi wang tunai sebanyak RM3,000 sebelum melarikan diri melalui pintu hadapan.

“Suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berbaju-T hitam, seluar panjang hitam dan bertopi cap hitam yang menutup mukanya dengan kain berwarna biru bagi mengelakkan pengecaman,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Menurut Mursalin, pihak polis mengambil tindakan segera, di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, termasuk merakam percakapan pengadu, menjalankan siasatan forensik di lokasi kejadian, serta menghantar cap jari suspek ke bahagian D2 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK) untuk dianalisis. 

“Operasi mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat, SJN Daryl Dominic Gukor Junior,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mursalin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Ranau di talian 088-875222 atau melaporkannya di mana-mana balai polis berdekatan.

“Dalam masa yang sama, pihak polis turut menasihatkan pemilik premis perniagaan supaya meningkatkan langkah keselamatan.

“Langkah tersebut termasuk pemasangan CCTV, sistem penggera dan pemantauan berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” ujarnya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian