FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, ia kesinambungan daripada kejayaan 2023 dan 2024 apabila jumlah bendera dipasang mencecah angka sama.

“Kami mahu mengulangi kejayaan itu, malah kalau boleh melebihi pencapaian terdahulu.

“Ia bukan sekadar memenuhi arahan Pejabat Wilayah Jengka yang menggesa semua 37 rancangan FELDA menghiasi kawasan masing-masing, tetapi lebih kepada menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Bendera adalah simbol perjuangan dan kebanggaan. Apabila setiap rumah, jalan dan premis dihiasi Jalur Gemilang, ia memberi mesej jelas bahawa warga FELDA sentiasa bersama negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razak berkata, selain pemasangan bendera, pelbagai aktiviti dirancang termasuk pertandingan menghias bendera, sukan komuniti dan program kemasyarakatan yang bakal mengeratkan hubungan penduduk.

Beliau berkata, pertandingan tersebut memberi peluang kepada penduduk menonjolkan kreativiti masing-masing dalam menghias rumah dan kawasan awam.

“Kita mahu FELDA Jengka 24 menjadi contoh tanah rancangan FELDA yang penuh warna-warni patriotisme,” katanya.

Menurutnya, sambutan kali ini akan menjadi wadah memperkukuh perpaduan antara generasi peneroka lama dan baharu.

“Inilah masa untuk kita bersatu hati, menyemarakkan semangat merdeka bersama-sama,” jelasnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX