Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku pada jam 12.25 tengah hari itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, kereta dan lori.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila motosikal mangsa yang datang dari arah lampu isyarat Jalan Stutong Baru secara tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar kereta terbabit.  

“Mangsa kemudiannya telah terjatuh sebelum diheret oleh sebuah lori yang sedang bergerak lurus di lorong kanan.  

“Akibat insiden tersebut, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.  

Alexson menambah, kedua-dua pemandu kereta dan lori yang terlibat bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.  

Beliau menjelaskan bahawa kes berkenaan kini sedang disiasat secara terperinci di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

Dalam pada itu, pihak polis menyeru mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut agar segera tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. 

Orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Tamimi Majni di talian 017-204 6414 atau 082-259900, selain melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran.  

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan