Hutang peribadi punca utama polis ‘ambil’ rasuah – MCW

PUTRAJAYA – Tekanan kewangan seperti hutang peribadi yang tinggi merupakan antara faktor utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam budaya rasuah ketika melaksanakan tugas.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, rasuah ketika ini merupakan jalan pintas diambil oleh pegawai polis selepas ditekan oleh hutang peribadi yang perlu diselesaikan.

Beliau berpandangan, keperluan setiap anggota polis wajib mengisytiharkan status hutang mereka secara berkala, selain menerima bimbingan kewangan bagi mengelakkan tekanan ekonomi sehingga menjadi alasan untuk menerima rasuah. 

“Audit kewangan berkala perlu dilaksana kepada setiap anggota polis mesti dengan mengisytiharkan aset dan hutang mereka secara berkala untuk mengesan anomali kewangan. 

“Pendekatan lebih tegas juga dalam membanteras rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dilaksanakan termasuk latihan integriti sejak hari pertama, audit kewangan berkala dan pemakaian kamera badan secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Jais memaklumkan, anggota polis berdepan dengan peluang untuk menerima rasuah sepanjang masa sama ada daripada pemandu yang mahu mengelak saman, pihak berkepentingan dalam siasatan atau kumpulan jenayah yang cuba membeli pengaruh.

“Jika mereka dalam tekanan kewangan, godaan itu lebih sukar ditolak. Rasuah dalam pasukan polis bukan sekadar isu disiplin tetapi refleksi kepada cabaran sistemik yang perlu ditangani dengan serius.

“Peluang untuk memberi dan menerima rasuah berlaku sepanjang masa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Oleh itu, usaha membina integriti mesti melibatkan pendekatan menyeluruh yang bukan sahaja bersifat hukuman tetapi juga pembentukan karakter sejak awal,” katanya.

Selain isu kewangan, Jaid berkata, MCW juga menekankan keperluan latihan integriti yang lebih ketat sejak hari pertama seseorang menyertai akademi polis dan bukan sahaja latihan hanya sekarar bersifat teori namun didedahkan kepada simulasi realiti rasuah, dilema etika sebenar dan modul kawalan minda agar golongan itu berpegang teguh kepada prinsip integriti sepanjang 40 tahun perkhidmatan.

Beliau berkata, pihaknya berpandangan keperluan kajian menyeluruh selama lima tahun (2025-2030) terhadap polis perlu dilakukan bagi memahami faktor utama yang mendorong pasukan penguatkuasa itu terjerumus melakukan perbuatan rasuah.

“Ketelusan dalam pelaporan salah laku dengan melindungi pemberi maklumat dan memudahkan proses pelaporan rasuah dalam pasukan polis sendiri.  Penekanan pada integriti sejak latihan asas polis perlu dilaksana agar memahami bahawa mereka adalah contoh kepada masyarakat.

“MCW percaya bahawa jika pasukan polis dapat dibersihkan sepenuhnya daripada rasuah, ia akan menjadi benteng utama dalam membanteras budaya rasuah dalam masyarakat. Jika kita mahu negara bebas rasuah, perlu bermula dengan pastikan polis adalah pasukan yang benar-benar bersih.

“Kita percaya bahawa polis yang bebas rasuah akan menjadi penghalang utama kepada budaya rasuah dalam masyarakat. Pasukan polis yang bersih dan berintegriti akan membentuk satu perisai kukuh yang mampu menewaskan budaya rasuah dalam setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil