KPDN lancar Jualan Rahmah MADANI Aidilfitri di 66 lokasi seluruh Kedah

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di 66 lokasi (Bergerak dan Premis) di seluruh Kedah.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, program berkenaan berlangsung selama 10 hari hingga 30 Mac depan.

Katanya, pelbagai barangan keperluan untuk persiapan raya seperti beras, beras pulut, nasi impit segera, marjerin, ketupat sejuk beku dan lain-lain boleh didapati dalam jualan berkenaan.

“Kami amat berterima kasih kepada semua warga Kedah atas sokongan yang diberikan. Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup sambil meningkatkan kesejahteraan komuniti,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di sebuah pasar raya di sini semalam.

Muhammad Nizam berkata, terdapat 23 daripada 26 jenis barangan yang dikawal di negeri Kedah.

“Barangan yang terlibat di bawah skim ini adalah ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang, bawang kuning besar, bawang merah besar import, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (ros) dan banyak lagi.

“Skim ini berkuat kuasa selama 15 hari dari 24 Mac hingga 7 April. Harga maksimum yang telah ditetapkan di peringkat borong dan runcit boleh disemak melalui laman web www.kpdn.gov.my,” ujarnya.

Jelasnya, penentuan harga kesemua barangan terbabit juga dibuat setelah mengambil kira pandangan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya.

Muhammad Nizam berkata, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN Kedah akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM