Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

ALOR SETAR – Barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini mampu menarik nafas lega setelah menerima sumbangan keseluruhan RM200,000 menerusi Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Saifuddin Nasution berkata, sumbangan tersebut diharap dapat melegakan sedikit keperitan hidup pemain serta pegawai pasukan akibat tunggakan gaji yang berlarutan hingga 10 bulan.

“Kita berjaya mengumpul RM200,000 setakat tengah hari semalam, saya bersyukur inisiatif ini dapat membantu melegakan mereka. Bayangkan lagi seminggu, persiapan raya tak menentu akibat daripada tak dapat gaji bulanan yang agak lama,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut di sini hari ini.

Tabung berkenaan diusahakan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu meringankan beban para pemain dan pegawai menjelang sambutan Aidilfitri ini.

NGO berkenaan ialah Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM).

KDA FC berdepan kemelut kewangan yang meruncing hingga pemain dan pegawai pasukan itu menghadapi tunggakan gaji hampir setahun dan kini berada di tangga ke-11 Liga Super.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, beliau mengadakan perbincangan bersama pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bagi membincangkan hala tuju kelab berkenaan.

“Pertemuan diadakan sebelum ini didorong oleh minat saya terhadap sukan bola sepak dan pasukan Kedah,” katanya yang tidak memperincikan butir perbincangan.

Katanya, beliau memahami detik sukar dilalui Mohd Daud yang menguruskan pasukan KDA FC ketika ini.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling