Polisi JKR tampal jalan rosak dalam tempoh 24 jam

PUTRAJAYA – Dasar penyelenggaraan aset di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) menetapkan konsesi jalan Persekutuan yang dilantik membaik pulih kerosakan perlu melakukan tampalan sementara dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, proses tampalan kekal seterusnya perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga hari.

“Perkara itu termaktub dalam deklarasi JKR melalui piagam pelanggan berhubung prosedur kerosakan jalan secara ‘pothole’ (lubang).

“Konsesi Jalan Persekutuan perlu membuat tampalan sementara dalam tempoh satu hari, manakala tampalan kekal perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga hari.

“Bagaimanapun, bagi kerja pembaikan berskala besar, permohonan peruntukan perlu dibuat terlebih dahulu secara tahunan dan berperingkat.

“Tempoh pembaikan pula mengambil masa antara sebulan hingga setahun, tertakluk kepada jenis dan kerumitan pembaikan serta kelulusan peruntukan yang diterima,” katanya kepada Berita Harian.

Jumaat lalu, dua beradik lelaki maut selepas motosikal ditunggangi gagal dikawal akibat terlanggar lubang dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Johor.

Dalam pada itu, Alexander berkata, JKR bersama syarikat konsesi dilantik melaksanakan pemeriksaan ke seluruh rangkaian jalan Persekutuan bagi proses penyelenggaraan baik pulih jalan setiap tahun.

“Hasil pemeriksaan akan dibawa kepada kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan.

“Selepas menerima kelulusan peruntukan kerja daripada kerajaan, JKR akan mengarahkan syarikat konsesi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan.

“Ini dikenal pasti seperti ‘overlay’ dan kaedah membuang lapisan turapan yang rosak untuk diganti dengan lapisan turapan baharu,” katanya.

Beliau berkata, kerja berkenaan boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu hingga ke tiga bulan termasuk pengurusan trafik sepanjang tempoh pembaikan yang dilakukan selepas peruntukan diterima.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak