Pengemis jadian perlu ditangani secara menyeluruh, berhikmah

JITRA – Kehadiran pengemis jadian sama ada rakyat tempatan atau warga asing di bazar Ramadan dan pekarangan masjid pada bulan mulia ini perlu ditangani secara menyeluruh melibatkan semua pihak berkaitan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, perkara tersebut juga perlu diselesaikan secara berhikmah.

“Ia memerlukan satu kerjasama bersama daripada pihak-pihak yang berkepentingan agar kita dapat menanganinya secara berhikmah, menyeluruh dan tuntas.

“Kita juga meraikan semua cadangan dan pandangan daripada orang awam, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wanita Darulaman Bertadabbur di Pusat Pendidikan Al Azhar, mukim Gelong, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setiap tindakan yang dilakukan, ia memerlukan kajian dan penelitian supaya tidak dilakukan secara berlebihan.

“Apa yang kita boleh lihat adalah kita, Kerajaan MADANI ingin membuat yang sebaiknya kepada semua. Inklusif itu kita nampak, itu kita bagi duit raya kepada semua,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya wujud elemen ketidakpastian kepada umat Islam untuk bersedekah, mereka boleh merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Dalam bulan Ramadan ini, roh Ramadan itu sudah pasti ialah seiring dengan amalan Rasulullah SAW apabila masuk bulan Ramadan, kita digalakkan untuk lebih pemurah dan lebih dermawan,” jelasnya.

Setiap kali bulan Ramadan, kehadiran pengemis jadian sama ada rakyat tempatan atau warga asing ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila jumlahnya bertambah terutama menjelang hari-hari terakhir bulan puasa.

Lokasi yang menjadi tumpuan kebiasaannya adalah bazar Ramadan selain kawasan pekarangan masjid dengan hanya menadah tangan atau menghulurkan kotak bagi meraih simpati orang ramai.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka