KPT semai nilai Malaysia MADANI dalam membantu golongan memerlukan

KOTA KINABALU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus menyemai nilai empati dalam masyarakat melalui program-program berteraskan Malaysia MADANI dengan menekankan amalan memberi, menyantuni dan merapatkan jurang dengan golongan memerlukan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, majlis iftar ini bukan sekadar berbuka puasa tetapi juga berusaha untuk menyemai nilai-nilai kemanusiaan yang sejati.

Menurutnya, sikap keprihatinan Kerajaan MADANI melalui penglibatan program seperti ini memberi impak yang besar kepada komuniti setempat.

“Saya sangat berbangga melihat penglibatan ekosistem KPT dan masyarakat setempat dalam program sebegini.

“Inilah tanda bahawa Kerajaan MADANI menunjukkan sikap keprihatinan yang tinggi terhadap masyarakat dan bangsa.

“Saya percaya bahawa setiap tindakan kita, sekecil mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas, akan memberikan impak yang besar kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap Sempena Iftar Mahabbah Pendidikan Tinggi @Sepanggar, di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Tambahnya, Majlis iftar ini berjaya mengumpulkan beberapa sumbangan sumbangan dari pelbagai pihak terutamanya sokongan agensi di bawah KPT juga Parlimen Sepanggar.

“Terima kasih buat Yayasan Perkasa Siswa yang menyumbangkan RM250 sagu hati buat 50 orang mahasiswa berkelayakan berjumlah RM12,500.

“PTPTN juga turut menyalurkan sumbangan pembukaan akaun SSPN kepada lima orang penerima yang masing-masing menerima RM500 seorang.

“Begitu juga dengan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang turut memberi sumbangan RM100 kepada 100 orang penduduk Parlimen Sepanggar yang berkeperluan berjumlah RM10,000,” katanya.

Dalam pada itu, KPT turut menyampaikan bantuan Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 (SULUNG) bagi membantu anak pertama yang berjaya masuk ke IPTA daripada keluarga B40.

“Program ini, memberi bantuan dari segi kewangan kepada pelajar berkelayakan yang akan menerima pengecualian pembayaran yuran di IPTA.

“Ia dapat memudahkan pelajar agar mereka tidak perlu lagi menanggung beban kewangan semasa pengajian dan hutang pinjaman yang tinggi selepas pengajian,” ujarnya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup