PMX mahu isu kuil diselesai secara matang, harmoni

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isu kuil di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur diselesaikan secara matang dan harmoni.

Malah beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan tidak akan meroboh mana-mana kuil atau tempat kegiatan agama rakyat Malaysia.

“Sewaktu mengulas isu pemindahan kuil dan pembinaan masjid di Jalan Masjid India ketika ditanya pemberita petang tadi, saya menyatakan pendirian untuk melihat isu ini diselesaikan secara matang serta harmoni.

“Saya juga menegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan mahu merobohkan kuil seperti didakwa kumpulan penunggang agama.

“Mana mungkin saya sebagai Perdana Menteri mahu merobohkan mana-mana kuil ataupun kegiatan agama orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri meminta semua pihak, termasuk rakan beragama Islam, supaya kekal bertenang dan mengelak daripada memberikan maklum balas yang tidak wajar.

“Benarkan rundingan berjalan dengan damai antara pihak swasta selaku pemilik tanah dengan pihak kuil,” katanya.

Terdahulu ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di Sepang, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mahu menjadi jaguh berhubung isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India.

Beliau berkata, pihak berkaitan sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Masalahnya ada penunggang agama, termasuk peguam yang tidak pernah terbabit dalam kegiatan agama Hindu, terus menjadi jaguh dan membuat kenyataan umpamanya nak merobohkan (kuil berkenaan).

“Saya tidak boleh bayangkan saya sebagai Perdana Menteri merobohkan mana-mana kuil ataupun kegiatan agama orang lain,” katanya.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak