DBKL jamin tiada perobohan kuil hingga proses pemindahan selesai

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi komitmen tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur kuil di tapak cadangan pembinaan masjid di Jalan Masjid India dan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, memberi jaminan bahawa setiap langkah yang sedang dan bakal diambil berhubung cadangan pembinaan sebuah masjid di atas tanah milik sebuah syarikat swasta yang sebahagian kecilnya menempatkan, adalah selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, DBKL juga telah mengenal pasti lokasi baharu untuk pemindahan rumah ibadat terlibat bagi memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti keagamaan mereka dengan selesa dan harmoni.

Jelasnya berkenaan  penempatan lokasi baharu bagi pembinaan semula kuil tersebut, ia  masih lagi dalam proses perbincangan dan akan mengambil kira persetujuan daripada pihak kuil dan komuniti masyarakat India di sana.

“Projek yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu merupakan cadangan oleh syarikat swasta berkenaan selaku pemilik tanah yang sah dan bukan daripada pihak kerajaan. 

“Walau bagaimanapun, DBKL selaku pihak yang diamanahkan oleh kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk tampil membantu mencari jalan terbaik buat semua pihak terlibat, dan secara tidak langsung mengelakkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, proses pemindahan tersebut akan dilakukan secara telus dan adil, serta membabitkan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

“DBKL menghargai kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memastikan proses pemindahan berjalan lancar, dan menyeru untuk terus mengekalkan keharmonian serta menghormati kepelbagaian agama di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman,  K Barthiban Kanmani berkata, pihaknya dan komuniti Masjid India di sana, bersedia untuk berharmoni.

“Buat masa sekarang, kita ada buat perbincangan jadi saya pun nak minta juga biarlah ia dibina sebelah-sebelah (bersebelahan) tapi ia masih dalam perbincangan lagi.

“Saya pun bersetuju jugalah kalau bina itu kita belum dapat tahu kata putusnya kan jadi biarlah kita berharmoni bersebelah-sebelah pun saya bersetuju,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula