Kenapa Indonesia digelar ‘Konoha’?

BAGAIMANA reaksi anda apabila tanah air tercinta digelarkan dengan sesuatu nama yang boleh menjadi bahan jenaka kepada orang lain? Namun, sekiranya anda seorang yang suka menatal dan membaca kandungan media sosial daripada negara seberang, sudah pasti anda tidak akan terkejut apabila rakyat Indonesia sendiri menggelarkan negara mereka sebagai ‘Konoha’ setiap kali berkongsi cerita baik dan buruk negara mereka. Jadi, agak-agaknya kenapa Indonesia digelarkan sebagai Konoha?

Asal-usul dan perkembangan gelaran ‘Negara Konoha

Berdasarkan semakan di media sosial, penggunaan gelaran Konoha bagi menggantikan Indonesia mula popular dalam kalangan pengguna media sosial atau warganet di sana sekitar tahun 2019, di mana mereka melihat ada persamaan di antara struktur budaya dan pemerintahan Indonesia dengan Desa Konohagakure dalam siri animasi popular Jepun iaitu Naruto, karya Masashi Kishimoto.

Menurut kajian yang daripada Milenia News (2023), warganet mula mengaitkan Indonesia dengan Konoha sekitar tahun 2019, ketika imej Presiden Joko Widodo yang memakai ikat kepala ninja viral di media sosial.

Fenomena ini turut dikaji oleh beberapa pemerhati budaya digital, yang berpendapat bahawa penggunaan istilah ini bukan sekadar jenaka tetapi juga mencerminkan realiti sosial dan politik di Indonesia.

Walaupun kedengaran seperti agak lucu apabila menggelarkan negara sendiri dengan sesuatu nama yang unik, namun ada perbahasan yang cukup menarik untuk dikupas mengenai persamaan yang wujud di antara Indonesia dan Konohagakure, sehingga ia mendapat tempat di hati rakyat Indonesia.

Empat sebab kenapa Indonesia digelar sebagai Konoha

Beberapa faktor utama telah menyumbang kepada populariti gelaran ini:

1. Struktur pemerintahan Indonesia menyerupai sistem Hokage

Dalam dunia Naruto, Konoha dipimpin oleh seorang Hokage yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduknya malah warganet sering mengaitkan pemimpin Indonesia, terutamanya Presiden Jokowi, dengan konsep Hokage kerana gaya kepimpinan beliau yang sederhana dan mesra rakyat.

Istilah ‘Jokokage’ (gabungan Jokowi dan Hokage) turut digunakan untuk menggambarkan peranan beliau dalam memimpin negara.

Sejarawan politik juga berpendapat bahawa persamaan ini lebih bersifat simbolik, di mana rakyat melihat pemimpin mereka sebagai pelindung negara, mirip dengan peranan Hokage dalam Konoha.

Selain itu, persamaan di antara Indonesia dan Desa Konoha Naruto juga dapat dilihat melalui struktur kepimpinan mereka, di mana sejak kemerdekaan, Indonesia telah mempunyai tujuh Presiden, sama seperti Konoha yang telah diperintah oleh tujuh Hokage.

  1. Soekarno, sebagai Presiden pertama, mirip dengan Hashirama Senju kerana kedua-duanya ialah pengasas yang membawa konsep kesatuan dan kestabilan, serta mempunyai karisma yang kuat dalam menyatukan rakyat mereka.
  2. Suharto, yang memerintah dengan tegas dan membina ketahanan negara, boleh dibandingkan dengan Tobirama Senju, yang menetapkan sistem pentadbiran Konoha dan sering mengambil pendekatan pragmatik demi keselamatan negara, walaupun ada yang mengkritik gaya kepimpinan mereka yang agak keras.
  3. Hiruzen Sarutobi, yang mentadbir dalam tempoh yang lama dan menangani pelbagai krisis, boleh disamakan dengan era reformasi selepas Suharto iaitu BJ Habibie, di mana kepimpinannya penuh cabaran tetapi tetap mengekalkan kestabilan.
  4. Minato Namikaze, yang terkenal sebagai pemimpin berwawasan tetapi memerintah dalam tempoh yang singkat, menyerupai Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang melepaskan jawatan masing-masing demi menjaga keamanan negara.
  5. Megawati Sukarnoputri yang unik, berprinsip, dan membawa nilai kemanusiaan boleh dibandingkan dengan Tsunade, yang tegas tetapi penuh empati, serta sering berdepan dengan cabaran politik dan kritikan semasa kepimpinan mereka. Tsunade dan Megawati adalah keturunan langsung pemimpin atau pengasas pertama negara. Mereka mempunyai persamaan dalam kalangan wanita.
  6. Kakashi Hatake, yang membawa perubahan selepas perang dan dikenali sebagai pemimpin yang bijaksana, menyerupai Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), kedua-duanya adalah pemimpin keenam yang mempunyai persamaan paling ketara kerana mereka berasal daripada persekitaran tentera.
  7. Akhir sekali, Naruto Uzumaki, yang memperjuangkan keharmonian dan penyatuan semua bangsa ninja, boleh dikaitkan dengan Joko Widodo (Jokowi), yang memimpin dengan pendekatan rakyat dan membawa perubahan besar dalam negara. Kedua-duanya bermula dari bawah dan perlu membuktikan kebolehan mereka sebelum diterima sebagai pemimpin yang sah. Naruto dan Jokowi sama-sama berusaha memperbaiki hubungan antara pihak yang bertelagah serta membawa pembaharuan dalam kepimpinan mereka.

Bagaimana dengan Presiden Indonesia terkini, Prabowo Subianto?

  • Bagaimanapun presiden terkini Indonesia iaitu Prabowo Subianto pula dikatakan sama dengan Sasuke Uchiha, di mana dalam Pemilihan Presiden Indonesia tahun 2019 (Pilpres 2019), Joko Widodo (Jokowi) bertanding untuk penggal kedua bersama pasangannya Ma’ruf Amin, menentang Prabowo Subianto, yang ketika itu berpasangan dengan Sandiaga Uno. Jokowi menang dengan 55.5 peratus undi, manakala Prabowo memperoleh 44.5 peratus, walaupun mereka adalah seteru politik semasa Pilpres 2019, selepas kemenangan Jokowi, beliau melantik Prabowo sebagai Menteri Pertahanan Indonesia, menunjukkan kerjasama politik antara kedua-duanya.
  • Manakala dalam kerajaan Konohagakure pula, Naruto merupakan Hokage Ketujuh yang dianggap setara dengan Presiden Jokowi di mana Naruto mempunyai pesaing legenda, iaitu Sasuke Uchiha, justeru Prabowo Subianto dianggap setara dengan Sasuke Uchiha, ketika mentadbir Konoha, kedudukan mereka dianggap serupa, di mana Naruto sebagai pemimpin Konoha dan Sasuke sebagai pelindung keselamatan Konoha.
  • Kini Prabowo Subianto diangkat menjadi Presiden Indonesia bagi penggal (2024-2029).

Perbandingan itu menjelaskan tentang mengapa warganet menggelarkan Indonesia sebagai ‘Negara Konoha’, kerana kedua-duanya mempunyai pemimpin dengan gaya kepimpinan yang mirip serta menghadapi cabaran besar dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan.

Selain itu, seperti Konoha yang sering menjadi pusat konflik dalam dunia Naruto, Indonesia juga sering berdepan dengan pelbagai cabaran politik, sosial, dan ekonomi, tetapi tetap bertahan sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di rantau ini.

2. Kepelbagaian etnik dan budaya seperti pelbagai klan di Konoha

Indonesia terdiri daripada lebih 1,300 etnik dan mempunyai lebih daripada 700 bahasa yang digunakan oleh masyarakatnya. Hal ini menyerupai struktur sosial di Konoha, yang terdiri daripada pelbagai klan ninja seperti Uchiha, Senju, Hyuga, dan Nara, yang masing-masing mempunyai identiti dan tradisi tersendiri.

Kajian sosiologi oleh Universitas Indonesia (2021) mendapati bahawa masyarakat Indonesia cenderung melihat kepelbagaian etnik sebagai aset negara, selaras dengan konsep Bhinneka Tunggal Ika (bersatu dalam kepelbagaian), ini menjelaskan mengapa analogi Konoha diterima secara meluas dalam kalangan rakyat Indonesia.

3. Ancaman dalaman dan luaran yang serupa dengan Konoha

Dalam dunia Naruto, Konoha sering berdepan dengan ancaman dari dalam dan luar, termasuk serangan Akatsuki, konflik antara klan, serta campur tangan negara luar seperti Kumogakure dan Iwagakure.

Hal ini disamakan dengan cabaran yang dihadapi oleh Indonesia, termasuk pergolakan politik dalaman, ancaman keganasan, dan ketegangan geopolitik di rantau Asia Tenggara.

Menurut laporan Tempo (2022), warganet Indonesia menggunakan analogi ini untuk menggambarkan bagaimana negara mereka sentiasa berusaha mempertahankan kestabilan dalam menghadapi cabaran ekonomi, sosial, dan politik.

4. Semangat gotong-royong yang mirip dengan kekitaan di Konoha

Konoha terkenal dengan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan penduduknya, di mana shinobi dari pelbagai klan sanggup bersatu demi kepentingan bersama malah nilai itu juga sangat dekat dengan budaya Indonesia, yang mengamalkan prinsip gotong-royong sebagai asas keharmonian masyarakat.

Kajian oleh Universitas Gadjah Mada (2020) mendapati bahawa masyarakat Indonesia masih mengamalkan gotong-royong dalam kehidupan seharian, khususnya di kawasan luar bandar dan dalam aktiviti kemasyarakatan, ia selari dengan bagaimana Konoha digambarkan sebagai sebuah komuniti yang bersatu dalam menghadapi cabaran.

Kesimpulan

Fenomena ‘Negara Konoha’ yang digunakan untuk menggambarkan Indonesia merupakan refleksi daripada realiti sosial, politik, dan budaya negara tersebut.

Walaupun tiada individu atau pihak tertentu yang bertanggungjawab dalam mencipta istilah ini, penggunaannya yang semakin meluas menunjukkan bagaimana budaya popular dapat mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap identiti nasional mereka.

Dalam era digital yang semakin berkembang, istilah seperti ini mungkin akan terus muncul sebagai bentuk metafora moden yang menghubungkan realiti dengan dunia fiksyen.

Kajian mendalam dalam bidang sosiologi, politik, dan media digital boleh memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana budaya popular membentuk pemikiran kolektif sesebuah masyarakat.

Related Posts

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

KUCHING – Sejarah Nusantara sering kali sarat dengan kisah perpaduan, namun pendedahan mengenai sejarah Istana Kesultanan Melayu di Kalimantan Barat benar-benar membuktikan betapa indahnya asimilasi budaya antara pelbagai etnik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas

KUCHING – Usaha memperkasakan kesejahteraan sosial dan emosi golongan veteran diteruskan Kelab Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) menerusi penganjuran Program Lawatan Riadah ke Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat