15 rakyat Palestin dibawa ke Malaysia akan dipantau agensi keselamatan

SERAMAI 15 orang rakyat Palestin yang bakal dibawa ke Malaysia selepas dibebaskan Israel akan dikenakan syarat ketat dan pemantauan agensi keselamatan sepanjang keberadaan mereka di negara ini, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Menteri Komunikasi berkata, proses penempatan semula masih belum bermula, dengan Kementerian Luar memantau perkembangan berterusan di Gaza.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) pada mesyuarat Jemaah Menteri memberi sedikit penerangan berhubung 15 orang warga Palestin yang akan dibawa ke Malaysia dan perkara ini adalah susulan kepada keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) untuk sokong usaha pendamaian dan gencatan di Gaza.

“Jumlah tawanan Palestin di penjara Israel (akan dibebaskan) sekitar 380 tetapi mereka tidak boleh berada di Palestin, maka sejumlah negara seperti Turkiye termasuk Malaysia setuju mengambil mereka.

“Kita (jemaah menteri) sedia maklum keadaan sekarang di Gaza.

“Hasil atau pun susulan daripada serangan Israel semalam, maka proses membincangkan gejatan sejata itu sedang berlaku maka kita ikut proses tersebut,” katanya semasa sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Fahmi juga berkata, kira-kira 100 akan ditempatkan semula di Qatar dan 100 lagi di Turkiye.

Terdahulu, pada Selasa, Mohamad berkata, Malaysia sedia menerima 15 orang rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada usaha pendamaian di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Penerimaan ini adalah sebahagian daripada syarat perjanjian yang dipersetujui OIC hasil inisiatif kerajaan Qatar, Republik Arab Mesir, dan Amerika Syarikat (AS).

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan