Tun Musa buka puasa bersama 3,000 warga Tawau

TAWAU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkenan meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 3,000 warga Tawau, pada Selasa. 

Ketibaan Tun Musa di Masjid Al-Kauthar pukul 5.30 petang disambut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. 

Turut mengiringi Tun Musa ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Mohd Arif. 

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andy Muhammad Suryady Bandy dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui. 

Pada majlis tersebut, Tun Musa menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan sumbangan kepada 30 penerima dari Pusat Zakat Sabah, Masjid Al-Kauthar dan sumbangan daripada Baitulmal Sabah kepada 10 madrasah. 

Majlis disusuli dengan acara berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. 

Terdahulu, Nizam dalam ucapan aluannya berkata, kehadiran Musa ke Tawau sangat signifikan sebagai lambang perpaduan serta sebagai payung menaugi hidup rakyat berbilang kaum dan agama di sabah. 

Beliau berkata, rakyat juga menerima manfaat besar sepanjang 15 tahun Musa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. 

“Rakyat sedar Tun adalah seorang yang banyak menaburkan jasa dan sumbangan Tun dinikmati seluruh rakyat termasuk limpahan pembangunan bagi Tawau. 

“Kami semua yakin Sabah membangun dengan pesat dan rakyat menikmati kemajuan di bawah naungan Tun dan Insya-Allah diteruskan pemimpin yang mengemudi Sabah kini,” katanya.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal