JAIS diarah semak tauliah agamawan pukul pelajar

STATUS tauliah mengajar seorang agamawan yang terkait insiden kekerasan terhadap pelajar akan disemak semula oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, sekiranya benar agamawan atau guru itu adalah pemegang tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ia wajar ditarik balik serta-merta dan dilarang daripada mengajar agama di negeri ini.

“Berdasarkan siasatan awal yang diterima daripada pihak berkuasa, saya telah mengarahkan JAIS untuk memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru tersebut memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang pernah diberikan MAIS.

“Sekiranya benar agamawan atau guru ini adalah pemegang tauliah MAIS maka tauliah ini wajar ditarik balik serta-merta dan beliau diharamkan daripada mengajar agama di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Fahmi turut menyatakan kekecewaannya terhadap insiden yang berlaku di Kajang itu yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang menuntut penyelesaian secara rasional dan berdasarkan asas perundangan yang berkuat kuasa.

“Saya amat kecewa dengan tindakan ganas lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Saya mengecam segala bentuk kekerasan, lebih-lebih lagi jika pelakunya membawa imej agamawan atau guru kerana mereka harus mengamalkan akhlak yang mulia agar dapat diteladani oleh masyarakat, teutamanya golongan muda,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua agamawan dan guru yang diberikan tauliah mengajar MAIS di Selangor, agar sentiasa menjaga kemuliaan agama Islam dan menjauhi tindakan ganas yang boleh merosakkan imej kesederhanaan pada agamawan atau guru.

“Segala tindakan harus berdasarkan akhlak mulia, pertimbangan yang rasional serta mengikut asas perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Semalam, media melaporkan individu yang ditahan kerana menumbuk seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian, Kajang, pada 14 Mac direman selama sehari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof seramai enam individu telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah