Satu abad toleransi Masjid Yam Tuan Raden, Tokong Sam Seng Keong

SESIAPA sahaja melalui di Jalan Dato Undang Johol terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pasti tertarik akan keunikan Masjid Yam Tuan Raden yang terletak bersebelahan dengan Tokong Sam Seng Keong lebih satu abad lamanya.

Melihat situasi itu, pasti menimbulkan persoalan mengenai toleransi antara dua agama apabila melakukan upacara keagamaan mengikut agama masing-masing serta penerimaan antara sesama mereka.

Kedua-dua rumah ibadat ini mencatatkan sejarah menjadi pembangunan awal infrastruktur di Kuala Pilah selepas pembentukan konfederasi Negeri Sembilan pada tahun 1886 iaitu sebelum tahun 1900 lagi.

Hanya sempadan pagar yang memisahkan Masjid Yam Tuan Raden dan Tokong Sam Seng Keong manakala pintu masuk kedua-duanya juga bersebelahan jelas menjadi simbolik kekayaan latar budaya Malaysia.

Perpaduan masyarakat di sekitar juga terlihat harmoni dengan komuniti Melayu, Cina dan India menjalankan aktiviti jualan dan aktiviti seharian tanpa mengira bangsa dan agama.

Bilal Masjid Yam Tuan Raden, Mohd Yahya Ramli, 74, menyifatkan pihak Tokong Sam Seng Keong amat bertolak-ansur dan menghormati perbezaan agama setiap kali menjalankan upacara keagamaan mereka.

“Masa Tahun Baharu Cina itu hari itu, pihak tokong ada tanya kepada pihak masjid bila waktu yang sesuai boleh jalankan upacara ke keagamaan mereka.

“Pihak masjid beritahu tiada sebarang masalah, dan kalau nak buat, buatlah selepas Isyak dan mereka pun buat.

“Alhamdulillah, mereka pun tiada masalah untuk melaksanakannya dan kedua-dua pihak bersepakat mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press.

Memegang prinsip silaturahim, Ramli berkata, pihak masjid juga tidak lupa mengundang pihak tokong ketika jamuan hari raya tahunan diadakan, turut mengeratkan lagi hubungan baik kedua-dua penganut agama yang berbeza ini.

“Seperti kebiasaan sambutan hari raya, pihak masjid pun ada menjemput pihak tokong bersama-sama menghadiri jamuan hari raya. Dan mereka pun berbesar hati turut hadir bersama-sama kami,” katanya.

Jelasnya, selain daripada itu, penduduk setempat juga sering mengadakan sambutan atau perayaan di balai raya berdekatan bagi mengeratkan perpaduan dan menjaga hubungan baik antara masyarakat.

Semangat muhibah Masjid Yam Tuan Raden tidak terhenti setakat itu, seorang tukang cuci yang juga mualaf, Nur Deviga Abdullah, 62, yang berstatus ibu tunggal berkongsi cerita mengenai dirinya yang mencari-cari pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia berasa amat bersyukur apabila pihak masjid sudi menawarkan pekerjaan kepadanya walaupun bukan beragama Islam pada ketika itu.

“Saya bekerja ketika itu belum memeluk Islam. Masjid ini sudah macam rumah kedua saya, saya tenang di sini.

“Lama-lama saya terbuka hati mahu peluk Islam. Bila saya susah, saya tawakal dan yakin Allah ada dengan saya,” ujarnya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat