DBKL sasar selamatkan 10,000kg lebihan bazar Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan kempen sifar sisa @Bazar Ramadan dengan menyasarkan sebanyak 10,000 kilogram (kg) untuk diselamatkan dengan mengedarkannya kepada golongan yang memerlukan.

DBKL menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kempen itu merupakan salah satu inisiatif Kuala Lumpur ke Arah Sifar Sisa dengan kerjasama SWCorp dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia telah melaksanakan Program MySaveFood.

“Melalui program ini, DBKL mensasarkan sebanyak 10,000kg lebihan makanan dapat di selamatkan daripada dibazirkan dengan mengedarkannya kepada golongan yang memerlukan.

“Selain membantu mereka yang kurang berkemampuan, inisiatif ini juga dapat mengurangkan kos pengurusan sisa serta mengelakkan sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan,” katanya.

Menurutnya, program itu akan berlangsung selama 12 hari dari 5 hingga 16 Mac 2025 di 12 lokasi Bazar Ramdan terpilih di sekitar Kuala Lumpur.

“Lokasi yang terlibat adalah Bazar Jalan Wangsa Delima di Wangsa Maju, Bazar Sri Rampai, Bazar Wangsa Maju Jalan 3/27A Seksyen 1, Bazar TLK Taman Tasik Permaisuri, Bazar TLK Hadapan UTC Sentul, Bazar Pusat Penjaja Bazaria Pantai, Bazar Kampung Baru Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Uda, Bazar Jalan Dato Senu 18 di Taman Dato Senu, Bazar Danau Kota Jalan 3A/6, 4A/6, dan 5A/6 di Taman Setapak Indah serta Bazar Jalan 1/76C dan 3/76D di Desa Pandan,” ujarnya.

Tambahnya, setakat 12 Mac 2025, sebanyak 4,869.22kg lebihan makanan bernilai RM107,190.00 telah berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Penglibatan sukarelawan IPT di bawah GEMA juga memainkan peranan penting dalam program ini, bukan sahaja membantu dalam pengagihan makanan tetapi juga memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai tanggungjawab sosial dan kepentingan mengurangkan pembaziran makanan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini! Mari bersama-sama kita kurangkan pembaziran dan menuju ke arah Kuala Lumpur Sifar Sisa,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula