Maritim Malaysia gagalkan aktiviti bom ikan di perairan Semporna

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan aktiviti bom ikan di perairan Pulau Kalapuan, di sini, dalam operasi terbaru bagi membanteras kegiatan perikanan haram.

Kejayaan itu mencerminkan ketegasan Maritim Malaysia dalam melindungi sumber laut negara serta memastikan perairan Semporna bebas daripada ancaman yang boleh menjejaskan kelestarian ekosistem marin.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, aktiviti itu berjaya dikesan pihaknya menerusi Op PLUTO TIMUR kira-kira pukul 11.05 pagi, pada Isnin.

“Semasa kejadian, bot pam berwarna kuning dan biru dikesan mencurigakan kerana tidak memiliki nombor pendaftaran dan sebaik dihampiri, individu di atas bot bertindak melarikan diri ke kawasan perairan cetek bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan iaitu satu kaedah yang diharamkan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Bot dengan nilai rampasan hampir RM5,000 kemudiannya dibawa ke Jeti Pelancong Semporna untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Tegas Amir, kegiatan penangkapan ikan menggunakan bahan letupan memusnahkan habitat laut serta memberi kesan jangka panjang kepada industri perikanan dan sektor pelancongan yang bergantung kepada keindahan ekosistem marin.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti perikanan haram dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN