Gaji bulanan cecah hingga RM40,000, tiada MP papa kedana – PM

TIADA Ahli Parlimen yang berstatus ‘papa kedana’ kerana rata-rata Ahli Parlimen menerima gaji bulanan termasuk pelbagai elaun mencecah sehingga RM40,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu mengenai peruntukan untuk rakyat tidak seharusnya timbul berikutan peruntukan bagi kawasan pembangkang kerana ia masih berjalan cuma tidak disalurkan terus kepada wakil rakyat seperti kebiasaannya.

”Yang kita bezakan adalah peruntukan. Itupun untuk kawasan, untuk rakyat diteruskan. Umpamanya katalah Tambun itu pembangkang, projek jalan. Cuma projek itu berjalan terus kepada rakyat, tanpa melalui cadangan Ahli Parlimen, itu beza dia.

“Keduanya, projek itu tidak diberi kepada Ahli Parlimen, projek itu untuk rakyat. Cuma Ahli Parlimen ada peranan untuk memberi usul atau cadangan.

“Jadi untuk menyatakan rakyat terbeban, tidak benar. Keduanya menyatakan oleh itu Ahli Parlimen jadi miskin papa-kedana, saya tak tahu kalau RM40,000 miskin lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari HASiL ke 29 Tahun 2025 di Menara HASiL di Cyberjaya hari ini (10 Mac).

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Muhyiddin mendakwa, syarat yang ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yussof berhubung Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dikatakan bakal menerima peruntukan.

Mengulas lanjut, Anwar dengan sinis berkata, Muhyiddin perlu menghadiri mesyuarat dan berunding berhubung syarat Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan untuk pembangkang.

Katanya, Muhyiddin tidak usah berlagak seperti ‘hero jalanan’ tetapi tiada inisiatif menyelesaikan isu berkenaan dan menggunakan alasan syarat MoU terlalu ketat sedangkan draf boleh dipinda dari semasa

“Jadi, mesyuarat la dulu. Draf itu boleh dipinda. Yang ini nak bising kat luar kenapa? Nak jadi hero jalanan? Belajar dulu.

“Sekarang ini (pembangkang) gunakan isu ini riuh-rendah. Ada mengatakan kami sekarang miskin sampai berhutang.

“Anda tahu berapa gaji Ahli Parlimen jika kira elaun semua? Dah cecah RM30,000 hingga RM40,000. Jadi, bukanlah (mereka) tak ada wang,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok