Tindakan tegas diambil terhadap pihak sentuh isu agama, kaum

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua badan penguat kuasa dan agensi keselamatan agar mengambil tindakan segera dan efektif tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang membuat cubaan hasutan kebencian agama serta kaum.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan ini diberikan Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan dan meneliti pelbagai isu semasa, termasuk isu hasutan perkauman dan agama yang tular ketika ini.

“Semua pihak diingatkan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat, dengan memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain, serta sentiasa mematuhi undang-undang negara demi kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Secara berasingan, Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang memberi amaran kepada pemimpin dan ahli politik agar tidak menunggang isu agama sebagai senjata politik demi kepentingan peribadi.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina agama apatah lagi Malaysia yang hidup dalam pelbagai agama dan kaum.

Terdahulu, timbul beberapa isu dan ketegangan agama dilaporkan media termasuk kes membabitkan penyampai radio dan beberapa kes serta kandungan tular mengenai penghinaan terhadap agama Islam.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat