Beri peluang kepada jururawat asal Sarawak berkhidmat di negeri mereka – Dr Sim

KUCHING – Lebih 800 jururawat berasal dari Sarawak ingin berkhidmat di negeri mereka sendiri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Han berkata kebanyakan mereka mahu berkhidmat di kampung halaman mereka sendiri kerana kos sara hidup lebih rendah.

“Kita memahami mereka lebih suka bekerja di kampung halaman kerana kos sara hidup lebih rendah dan perbezaannya agak ketara,” ujar beliau merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Tambah beliau, terdapat juga kekosongan jawatan tersebut di Sarawak yang dapat memenuhi permintaan mereka.

“Oleh itu, kita mahu mengurus sistem penjagaan kesihatan kerana perkara itu adalah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata beliau.

Beliau menambah isu penempatan petugas kesihatan antara isu yang sedang dibincangkan oleh kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Porgram Imunisasi Influenza Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni menjelaskan ramai jururawat memilih meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana penempatan di luar negeri asal mereka. 

“Situasi itu berlaku apabila jururawat berkenaan beranggapan tawaran diberikan tidak menepati kehendak mereka,” ujar beliau.  

  • Related Posts

    Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

    LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

    700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

    Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

    • By Aden
    • June 30, 2026
    Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

    Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

    Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil