Tidak perlu ‘tunggang’ isu mohon maaf DJ ERA

TERDAPAT beberapa pihak yang sudah tidak relevan dalam arena politik, cuba ‘mencurah minyak ke dalam api’ berkaitan isu 3R (agama, kaum, raja) melibatkan trio penyampai radio ERA FM baru-baru ini sekadar untuk meraih perhatian umum.

Memetik hantaran Facebook milik Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, tindakan Bendahari Agung MIC, Datuk Sivakumar Nadarajah seperti tidak ikhlas ketika menerima permohonan maaf daripada penyampai radio yang terlibat.

“Tetapi, apa yang sebenarnya menyebabkan kemarahan orang ramai? Adakah kenyataan MCMC? Atau reaksi dari Menteri Perpaduan atau JAKIM?

“Bendahari MIC seolah-olah tidak ikhlas dalam menerima permohonan maaf yang dibuat oleh penyampai-penyampai tersebut.

“Dalam budaya kita, apabila seseorang memohon maaf, kita harus menerima dengan hati yang terbuka, bukan dengan sikap angkuh atau sombong. Ini dilihat oleh netizen sebagai penghinaan terhadap mereka yang ingin memohon maaf,” menurut hantaran itu.

Pada Rabu, penyampai radio ERA, Nabil, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy hadir ke kuil Batu Caves bagi memohon maaf atas tindakan mereka yang dikatakan mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.

Mengulas lanjut, beliau turut mengkritik pasukan perhubungan awam ERA FM berikutan gagal menangani isu ini secara berhemah kerana memuat naik pertemuan penyampainya bersama Sivakumar di Batu Caves.

“Mengapa mereka (ERA) memilih untuk berjumpa dengan Bendahari MIC di Batu Caves, sedangkan beliau bukanlah wakil masyarakat India? Ini menunjukkan bahawa pasukan komunikasi Radio ERA mungkin tidak bijak dalam menangani situasi ini.

“Niat mereka untuk meminta maaf malah bertukar menjadi isu sensitif yang melibatkan kaum. Seharusnya mereka lebih berhati-hati dalam menangani isu-isu seperti ini.

“Mengapa ERA pergi ke Batu Caves? Mungkin mereka berfikir bahawa meminta maaf di tempat berkenaan akan diterima sama seperti orang Melayu yang mungkin meminta maaf di masjid. Namun, situasinya tidaklah serupa. Mereka sudah pun memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, dan itu sudah memadai.

“Jadi, pergi ke Batu Caves untuk berjumpa Bendahari MIC seolah-olah mengundang masalah baru,” katanya.

Dalam pada, petikan itu berkata tindakan Sivakumar mampu mengundang persepsi kurang baik di kalangan orang ramai dari persepsi politik dan beliau sewajarnya tampil membuat permohonan maaf bagi meredakan ketegangan situasi ketika ini.

“Bendahari MIC, di sisi lain, dilihat tidak ikhlas dalam memaafkan DJ ERA. Ini menimbulkan persepsi yang kurang baik di kalangan orang ramai.

“Permainan politik dalam isu ini jelas sekali menarik perhatian, namun ini bukanlah sesuatu yang baik untuk negara kita.

“Bendahari MIC seharusnya tampil dan meminta maaf atas sikap sombong yang ditunjukkan. Ini adalah langkah yang lebih baik untuk meredakan ketegangan,” katanya.

Justeru, petikan itu juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk tidak memuat naik sebarang kandungan yang sensitif di media sosial terutamanya melibatkan isu 3R sehingga mampu mengganggu gugat keharmonian negara.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing