JPS Sarawak catat sejarah peroleh ABMS, tegas tekankan nilai integriti

KUCHING – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak berjaya mencatat sejarah membanggakan apabila memperoleh Sijil MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS)

Pengiktirafan tersebut diumumkan oleh Pengarah JPS Sarawak, Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, sempena Majlis Sambutan Hari Integriti JPS Sarawak Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Waterfront pada Khamis.

Menurut beliau, JPS Sarawak memandang serius terhadap isu integriti dalam pelaksanaan projek pembangunan sekali gus tidak berkompromi terhadap ketirisan dalam pelaksanaan projek.

“Pihak JPS Sarawak akan mengambil tindakan dan tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar salah laku atau pelanggaran integriti,” ujar beliau.

Beliau percaya sekiranya warga JPS Sarawak berjaya mengamalkan nilai integriti sepenuhnya, maka visi yang diidamkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencapai negara berintegriti tinggi menjelang 2030 akan tercapai.

Simbolik perasmian ABMS disampaikan oleh Pengarah Wilayah SIRIM Berhad Sarawak Shahrizan Mohammad Sahmoni yang turut dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman, serta Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Wan Ahmad Nidzam Wan Omar.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman