Akauntan, guru pencen rugi lebih RM400,000 kena tipu

KUANTAN – Seorang akauntan syarikat dan pesara guru di sini, kerugian RM414,902 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa semalam, kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 21 tahun yang melihat iklan pelaburan di aplikasi Instagram pada 26 Februari.

Katanya, tertarik dengan pelaburan itu, mangsa menekan satu pautan dan menerima satu pesanan WhatsApp dari nombor tidak dikenali.

“Mangsa berminat dan membuat pemindahan wang melalui perbankan secara dalam talian melalui bank milik syarikat dan akaun bank miliknya sebanyak 16 transaksi kepada lapan akaun bank berbeza berjumlah RM240,467.

“Mangsa berasa tertipu kerana tidak memperoleh sebarang pulangan sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media.

Yahaya berkata, kes kedua pula membabitkan pesara guru lelaki berusia 80 tahun kerugian RM174,435 selepas menyertai skim pelaburan kripto.

Katanya, pada awalnya mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada 30 Oktober tahun lalu, sebelum berminat membuat pelaburan RM60,000.

“Mangsa memantau pelaburan melalui satu aplikasi diberikan suspek dari Oktober tahun lalu sehingga bulan lalu sebelum mendapati pelaburannya meningkat sehingga AS$3 juta.

“Mangsa meminta untuk mengeluarkan semua wang tetapi suspek memberitahu mangsa perlu membayar cukai berjumlah RM174,435.

“Mangsa berbuat demikian dengan satu transaksi kepada akaun diberikan suspek.

“Mangsa sedar ditipu selepas didesak untuk membuat bayaran cukai yang lain dengan jumlah yang lebih besar. Sumber kewangan adalah dari simpanan mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Yahaya menasihati orang ramai membuat semakan sebelum menyertai sebarang pelaburan secara dalam talian.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan