Karnival Bazar Ramadan Sibujaya meriahkan suasana di pekarangan masjid

SIBU – Karnival Bazar Ramadan pertama yang dianjurkan di pekarangan Masjid Al- Madinatul Husna Sibujaya, tahun ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga dan pengunjung.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara JKKK Kampung Sibujaya, JKP Masjid Al Madinatul Husna serta Pusat Khidmat ADUN N52 Dudong.

Ketua Kaum merangkap Pengerusi JKKK Kampung Sibujaya, Bugin Ragon berkata, bazar ini pada mulanya dirancang dalam skala kecil memandangkan ini adalah kali pertama ia diadakan di kawasan masjid.

Namun, dengan sokongan Pusat Khidmat N52 Dudong dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kemudahan seperti kanopi berserta kipas disediakan untuk keselesaan golongan peniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kami berharap program ini dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti jual beli di pekarangan masjid.

“Selain itu, kami juga mahu masyarakat melihat masjid bukan sekadar tempat ibadat, tetapi sebagai pusat yang terbuka kepada semua.

“Lebih penting, bazar ini juga dapat megeratkan lagi hubungan antara kaum di Sibujaya,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Bazar Ramadan Sibujaya, hari ini.

Sebagai daya tarikan kepada pengunjung, pelbagai program khas telah dirancang sepanjang bulan Ramadan, termasuk majlis berbuka puasa bersama-sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Adun N.52 Dudong, Tiong King Sing yang akan dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2025.

Selain itu, orang awam yang berdekatan dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut kelak.

Setakat ini, lebih 30 gerai dibuka di bazar ini, dan penyertaan masih dibuka kepada peniaga yang berminat.

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM100 sepanjang tempoh Ramadan.

Dari segi pematuhan kebersihan dan kesihatan, pihak penganjur telah menetapkan syarat ketat sebelum peniaga dibenarkan beroperasi.

Setiap peniaga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, termasuk suntikan tifoid.

Sebuah jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan untuk memantau tahap kebersihan di pekarangan masjid sepanjang tempoh bazar berlangsung.

Melihat kepada sambutan yang memberangsangkan, Bugin berharap bazar ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan skala yang lebih besar, bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga untuk turut serta dan menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

Related Posts

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memperkukuh agenda reformasi pentadbiran dengan mempercepat proses kerja, mengurangkan kerenah birokrasi serta memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan. Usaha tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

MIRI – Bandar raya ini terus mengukuhkan posisinya di persada antarabangsa apabila menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Mengenai Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab (ICRTH) Ke-6. Platform berprestij itu bertujuan memperkukuh kerjasama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai