IPU Balok Baru direkod sangat tidak sihat

PUTRAJAYA – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balok Baru, Kuantan, Pahang direkodkan pada tahap 250 iaitu sangat tidak sihat setakat 4 petang semalam.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, keadaan itu disebabkan kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa dekat Cherating, Kuantan.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran 3A dan 3B kepada Pusat Kawalan Bencana Negara untuk tindakan hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana bagi mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah atau Negeri dan mengambil tindak balas berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan melalui darat dan udara menggunakan dron serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

“Koordinasi di antara agensi berkaitan bagi merancang kerja-kerja pemadaman dan kawalan kebakaran turut telah diadakan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Wan Abdul Latiff berkata, berdasarkan Peta Jerebu Serantau dikeluarkan Pusat Meteorologi Khas ASEAN, selatan Asia Tenggara mengalami cuaca mendung di kebanyakan bahagian kecuali Semenanjung Malaysia dan utara Sumatera, Indonesia.

Beliau berkata, beberapa kawasan panas terpencil dikesan di Semenanjung dan tengah Sumatera dengan kepulan asap setempat diperhatikan berpunca dari titik panas yang dikesan di kawasan pantai timur Semenanjung.

Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP