SPRM sah siasat Ismail Sabri, sita wang tunai, jongkong emas

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta berkait siasatan kes rasuah melibatkan bekas Perdana Menteri.

SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, sitaan itu dibuat hasil daripada operasi penggeledahan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai ‘safehouse’ milik empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah bekas Perdana Menteri tersebut.

“SPRM sedang menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Fokus siasatan kini tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara. 

“Siasatan ini dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri itu telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024. 

“Bekas Perdana Menteri itu telah membuat pengisytiharan harta secara rasmi pada 10 Februari 2025 manakala berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, SPRM telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah bekas Perdana Menteri tersebut. 

“Datuk Seri Ismail Sabri juga telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari 2025. 

“SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa. 

“SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara,” tambahnya.

Sebelum itu, empat bekas pegawai termasuk dua individu bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri telah direman oleh SPRM pada 21 Februari lalu kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah tersebut.

Penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam kenyataan pada Khamis lalu, dilaporkan berkata bahawa lapan lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9 itu.

Difahamkan, beberapa kes sedang disiasat oleh SPRM ketika ini, antaranya membabitkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu