RUU Perkhidmatan Parlimen ‘tidak usik’ kakitangan Parlimen

KUALA LUMPUR – Pengenalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibacakan buat kali pertama pada Isnin, tidak akan menjejaskan pekerjaan sedia ada kakitangan Parlimen sebaliknya ia membuat pemisahan kuasa pentadbiran atau dikotomi diantara Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dan pentadbir awam.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, akta itu lebih kepada memberikan kebebasan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk bertindak dalam ruang lingkup yang telah diberikan oleh Perlembagaan dan tidak dikongkong oleh Eksekutif.

Menurutnya, mengenai kekhuatiran sesetengah pihak terhadap nasib pegawai yang berkhidmat di luar Dewan, kakitangan tersebut masih lagi akan bertugas seperti biasa, mendapat pencen dan tidak akan diberhentikan sekiranya akta tersebut diluluskan mereka juga diberi pilihan sama ada mahu kekal di Parlimen atau kembali ke jabatan masing-masing.

“Dewan itu sendiri mempunyai kakitangan Dewan Negara dan juga Dewan rakyat termasuk n beberapa kakitangan yang khusus untuk kendalian Dewan dan mereka ini adalah profesional, mempunyai pengalaman yang dalam dan luas dalam bidang pengurusan hal-hal Dewan.

“Manakala di luar Dewan, Itu tanggungjawab pentadbir awam yang dikenalikan oleh Ketua Pengarah dan itu ialah perkhidmatan awam dan mereka ini masih bertanggungjawab kepada ketua mereka seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun Kementerian Penerangan dan sebagainya,” katanya pada Sidang Media Parlimen pada Jumaat.

Mengulas lanjut katanya, apabila akta tersebut diluluskan, urusan Dewan akan dikendalikan dan ditentukan oleh Speaker kedua-dua Dewan iaitu dibawah MPP yang dipengerusikan bersama atau ‘co-chair’ oleh Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kita akan ada dua orang Ahli Dewan Negara, empat orang ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pentadbir Parlimen sebagai anggota ex-official.

“Maknanya mereka inilah yang akan bertindak seperti Kabinet mentadbir apa yang berlaku dalam Dewan, termasuk dasar-dasar dan peruntukan kewangan yang diberikan oleh Eksekutif (Kementerian Kewangan) kepada Dewan, akan ditadbirkan oleh MPP ini dan kita juga akan mengikuti dengan rapat prosedur-prosedur yang kerajaan ada,” ujarnya.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mempersoal mengenai RUU itu dengan mendakwa ia bukan ibu segala reformasi seperti diperkatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Ahli Parlimen Larut itu turut mendakwa 70 peratus kakitangan Parlimen tidak bersetuju kerana dalam kalangan mereka bimbang tidak berpeluang dinaiki pangkat dan faedah perkhidmatan.

Mengenai urusan lantikan Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara jika Akta Perkhidmatan Parlimen diluluskan kelak, Johari menjelaskan bahawa ia bukan dilakukan sewenang-wenangnya kerana memerlukan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pengurusan dalaman akan juga diuruskan oleh MPP dan dengan wujudnya majlis ini, setiausaha kedua-dua dewan mempunyai tanggungjawab terus kepada Speaker dan ia bebas daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Dewan melalui MPP boleh lantik sesiapa juga yang merasakan layak untuk jadi setiausaha dan dalam undang-undang… istilahnya ialah mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun kita cadangkan tapi tidak sewenang-wenangnya terus lantik tapi kena dapat perkenan Agong. Maknanya kedudukan Speaker, setiausaha sekarang ini menjadi satu kedudukan yang tinggi dan mesti dapat perkenan Agong. Jadi penjawat awam boleh pergi dan datang dan sesiapa saja boleh isi tempat itu,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion