‘Selagi tidak ada akta, tangan Speaker juga terikat’

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyifatkan pemisahan kuasa pentadbiran menerusi Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang sekiranya diluluskan kelak, akan menjadi bukti kepada kebebasan di dalam sistem berparlimen.

Johari berkata, sokongan daripada kedua-dua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang amatlah diperlukan bagi meluluskan akta tersebut yang mana telah diperjuangkan sejak tahun 1992 sebelum dihapuskan dan diletakkan di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

“Saya minta sangat-sangat semua 222 orang menyokong kerana ini memberikan kesedaran baru kepada kita bahawa sekarang ini menjadi bebas, kita tidak lagi terikat di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah eksekutif.

“Yang kedua selama ini keluhan daripada Ahli Parlimen yang mereka tidak dapat itu, tidak dapat ini. Ini semua boleh dibincangkan dalam MPP dan sekiranya MPP merasakan boleh membantu mereka apapun juga permohonan daripada Ahli Parlimen diuruskan di dalam MPP ini.

“Kita bincang dan akhirnya buat keputusan kemudian laksanakan dan sudah tentulah kalau ianya melibatkan kewangan, akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, dan kita akan laksanakan, begitu juga dengan kegiatan-kegiatan jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan,” katanya pada Sidang Media Parlimen pada Jumaat.

Jelasnya, Ketua Pengarah sebagai setiausaha akan menguruskan dan mengkoordinasi pergerakan supaya semua orang tidak kira pembangkang atau kerajaan mendapat hak masing-masing dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen.

“Saya amat simpati dengan keluhan-keluhan yang diluahkan oleh Ahli Parlimen tapi seperti yang saya katakan tadi selagi tidak ada akta ini, tangan Speaker juga terikat, sebab saya tidak ada kuasa sepenuhnya apatah lagi mencadangkan kepada eksekutif agak-agak susah kerana di akhirnya yang memutuskannya adalah eksekutif.

“Tetapi melalui MPP ini kita boleh berbincang contohnya apa juga yang diperlukan oleh Ahli Parlimen itu mungkin kita boleh ubah dalam institut kita sebab apa yang berlaku di parlimen keistimewaan-keistimewaan, dan juga perolehan-perolehan yang dinikmati sekarang ini, ia termaktub dalam institut.

“Selagi institut itu tidak dipinda maka tidak ada siapa yang boleh bergerak jauh daripada apa yang telah dimaktubkan. Sebab itu institut itu penting dan untuk institut ini bergerak dia mesti ada satu mekanisme iaitu melalui MPP,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion