RUU Pekerja Gig: PM minta pandangan semua pihak diteliti

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya pandangan dan maklum balas semua pihak mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig diteliti semula sebelum dibawa ke Kabinet.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, jemaah menteri mengambil maklum pandangan dari pelbagai pihak dan Perdana Menteri telah meminta Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong menelitinya.

“Tapi kita harap proses libat urus dan penelitian isu-isu ini dapat diselesaikan.

“RUU ini kita harap dapat dibentang di Parlimen tahun ini sama ada dalam mana-mana satu sidang yang akan datang,” katanya pada Sidang Media Pasca Kabinet pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, syarikat akan bertindak dalam mengelak daripada memberikan perlindungan asas sepert jaminan sosial, insurans pekerjaan, dan hak-hak pekerja yang sepatutnya.

Menurutnya, kerajaan perlu bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan syarikat susulan RUU yang dibentang berpaksikan kepada kepentingan pekerja gig, bukannya mementingkan kebaikan syarikat yang hanya mahu mencari keuntungan.

Katanya, gesaan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan ekonomi gig menekan kerajaan untuk memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig disifatkan sebagai taktik lapuk, semata-mata hanya mahu mengekalkan status quo dalam menindas pekerja.

“Cukup-cukuplah dengan alasan. Kami ingin bertanya kepada syarikat ekonomi gig, sudah berapa lama pekerja gig bekerja tanpa perlindungan yang sewajarnya dam terpaksa menanggung risiko akibat kecuaian mereka. Sampai bila syarikat mahu terus berdolak-dalik untuk mengelakkan tanggungjawab

“Saya ingin menegaskan bahawa gesaan syarikat ekonomi gig untuk RUU Pekerja Gig bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Selama ini, syarikat-syarikat ini sentiasa mencari alasan untuk melambatkan sebarang usaha yang bertujuan melindungi pekerja gig.

“Ini kerana mereka mahu terus mengaut keuntungan besar tanpa mengambil sebarang tanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki