Prestasi pelajar SPM tidak terjejas walaupun PT3 dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak menjejaskan prestasi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, mengikut keputusan SPM bagi kohort selepas pemansuhan sistem peperiksaan berkenaan, prestasi kekal baik, malah ada mata pelajaran menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

“Apabila bercakap mengenai pemansuhan PT3 dan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), KPM sekarang memberi tumpuan kepada pemerkasaan pentaksiran berasaskan sekolah.

“Ini membabitkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sukan, penaksiran aktiviti jasmani dan kurikulum serta psikometrik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Jawab Lisan di Persidangan Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang ingin mengetahui prestasi pelajar selepas sistem peperiksaan termasuk UPSR dan PT3 dimansuhkan selepas mengambil kira rungutan daripada ibu bapa yang mendakwa pencapaian akademik anak-anak semakin merosot dengan semangat untuk belajar turut menurun.

Mengulas lanjut, Kah Woh menegaskan, pendekatan dan hala tuju KPM yang memberi penekanan kepada PBD ketika ini selaras dengan agenda pendidikan global selain kerajaan membuat perbandingan dengan negara seperti Finland, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Hong Kong dan Jerman yang sudah beralih daripada peperiksaan berpusat kepada PBD.

“Pada masa sama, pelaksanaan (PBD) juga selari dengan ‘Incheon Declaration And Framework For Action’ yang dibentangkan di World Education forum di Incheon, Korea Selatan. Deklarasi ini menggariskan pendidikan berkualiti melalui pendidikan berterusan berasaskan bilik darjah dan pentaksiran lebih komprehensif,” katanya.

Sementara itu, Kah Woh turut menjawab soalan asal Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin yang ingin mengetahui status penyediaan bank soalan berpusat yang setara standardnya untuk membantu guru dalam melaksanakan PBD termasuk menyediakan soalan bagi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Katanya, mulai sesi akademik 2024/2025, KPM memberikan autonomi penuh kepada sekolah dan guru dalam pelaksanaan UASA, merangkumi aspek penyediaan soalan ujian, pentadbiran dan pengoperasian ujian, pemeriksaan serta pelaporan.

“Dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dan kualiti pentaksiran, KPM telah menyediakan format pentaksiran serta Modul Perealisasian Item bagi membantu guru dalam penyediaan soalan serta panduan penskoran,” katanya.

Sementara itu, Kah Woh menegaskan, bagi memastikan soalan yang dibangunkan selari dengan kandungan kurikulum yang ditetapkan, KPM turut menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian Piawai sebagai rujukan utama guru.

“Dalam usaha memperkasa keupayaan guru, KPM melatih seramai 259,656 orang guru dalam aspek penyediaan soalan dan pelaksanaan ujian. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru dalam aspek pedagogi serta pentaksiran pendidikan.

“Bagi memastikan jaminan kualiti berterusan, KPM melaksanakan kunjung bantu ke sekolah bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam mengendalikan ujian akhir sesi akademik,” katanya.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital