DGP 2025 beri manfaat kepada pekerja, majikan

KOTA KINABALU – Inisiatif Kerajaan memperkenal Dasar Gaji Progresif (DGP) 2025 yang lebih teratur, adil, dan berdaya saing dilihat memberi manfaat kepada pekerja dan majikan di seluruh negara.

Ketua Cawangan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Sabah, Hazrullizam Idris berkata, dasar itu dirangka bagi meningkatkan taraf hidup pekerja dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

“Dengan adanya DGP 2025, gaji pekerja akan disesuaikan dengan kemahiran, pengalaman dan juga produktiviti selain memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan gaji berdasarkan pencapaian mereka.

“Tahap motivasi pekerja juga dijangka akan meningkat yang secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada pengeluaran dan prestasi organisasi.

“Majikan juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan produktiviti dan kualiti kerja, serta kesediaan untuk melabur dalam latihan dan pembangunan pekerja,” katanya ketika berucap pada Program Jerayawara DGP 2025, di sini, pada Khamis.

Jelas Hazrullizam, jerayawara itu bukan sahaja untuk memahami DGP tetapi bertujuan mendalami bagaimana dasar ini memberikan impak positif kepada ekonomi negara dan kesejahteraan pekerja.

Jerayawara berkenaan dihadiri 250 peserta yang terdiri daripada orang awam, syarikat berdaftar dan agensi kerajaan.

Turut disampaikan tiga sijil penghargaan projek rintis kepada tiga majikan iaitu St Hui Property Consultants (Sabah) Sdn Bhd, St Hui Property Management Sdn Bhd dan St Hui Property Service PLT.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000