Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEPANG – Gara-gara memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268, seorang warga emas terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam bulan setelah gagal membayar denda sebanyak RM30,000.

Tertuduh, Johari Ismail, 67, ditahan lewat malam Isnin sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 8 Februari 2025 menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.

Menurutnya, Hakim Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman tersebut di bawah pertuduhan seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Dia akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini,” katanya.

Terdahulu, tertuduh ditahan selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek dibuat di Kuala Lumpur pada pukul 11:00 malam, Isnin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.

“Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut